Video  |  Malaysia

Wangsa Maju masih di bawah pengaruh UMNO

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Shafei Abdullah yakin keputusan terbaik akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kerusi parlimen kawasan berkenaan. Perkara ini berikutan keputusan MCA memberi Wangsa Maju selain Kuantan dan Gelang Patah di Johor untuk dipertandingkan calon UMNO semasa Pilihan Raya ke-13(PRU-13).