Wanita diburu bagi bantu siasatan kes buang bayi kembar

Polis sedang mengesan wanita yang dipercayai membuang sepasang bayi kembar di sebuah pangsapuri di Lebuh Macallum, Georgetown. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al-Atrash Wahid memaklumkan pihaknya percaya wanita itu menetap di premis berkenaan.