Wanita didakwa 40 tuduhan pecah amanah

Seorang bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM68 ribu, tahun lalu. Bagaimanapun tertuduh, Wan Fatihah Nadzrin, 25 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.