Wanita Indonesia dibunuh kekasih warga Nepal, akibat cemburu

Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia, malam tadi. Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemui disumbat di dalam sebuah almari berkunci oleh dua lelaki warga Nepal yang menghuni rumah terbabit selepas curiga dengan keadaan bau busuk berkenaan.