Wanita kurung beruang matahari bebas dengan ikat jamin

Wanita yang ditahan kerana menyimpan anak beruang matahari di dalam unit kondominiumnya di Desa Pandan, Kuala Lumpur pada Jumaat dibebaskan dengan ikat jamin. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Perhililtan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.