Tutup

Wanita Malaysia hidup lebih lama banding lelaki

Kajian yang dihimpun oleh "Malaysian Clearing House for Men's Health" mendapati jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek dari wanita. Pada tahun 2016, lelaki di Malaysia boleh hidup sehingga usia 72 tahun manakala wanita pula boleh mencecah usia 77 tahun. Faktor berat badan dan risiko terdedah kepada penyakit jantung antara sebab usia lelaki lebih pendek berbanding wanita.