Tutup

Wanita maut dihempap pokok ketika hujan lebat

Seorang wanita yang sedang berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan 16/10, di hadapan pintu utama Universiti Malaya, petang Rabu. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang sebelum menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi kejadian.