Wanita maut dipukul kekasih selepas bertengkar

Seorang wanita maut dipukul kekasihnya dengan topi keledar dibahagian kepala selepas kedua- duanya bertengkar dalam kejadian di Persiaran Bayan Indah, Georgetown. Tukang masak berusia 37 tahun itu dipukul kekasihnya yang berusia 55 tahun ketika keluar bersiar-siar di kawasan berkenaan kira-kira jam12 tengah malam Ahad.