Tutup

Wanita maut ditikam anak

Seorang wanita warga emas maut ditikam anak sendiri, manakala, dua lagi cedera dalam satu kejadian di Taman Kampung Padang Kuantan, kira-kira jam 8.30 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, Sefiah Hamid, 62 tahun, ditikam di leher kiri sebelum suspek berusia 38 tahun menyorong mangsa yang sudah meninggal dunia dengan kerusi roda sejauh 50 meter dari rumah mangsa.