Wanita maut keracunan karbon monoksida

Polis mengesahkan punca kematian seorang jurujual yang ditemui dalam bilik sebuah hotel di Georgetown pada Selasa disebabkan keracunan karbon monoksida. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan hasil bedah siasat ke atas Lim Bee Tin pada Rabu mendapati mangsa maut akibat terhidu racun berkenaan.