Tutup

Video  | 

Wanita nyaris maut ditembak

Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, Jumaat. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu telah menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.