Wanita 'Stateless' Palestine Impi Bina Rumah Sendiri

Menjadi individu yang lahir di negara yang tidak mengiktiraf kewujudan negara seperti Palestin, sudah semestinya individu tersebut ada impian tersendiri. Hanin Abou Salem, Penyilidik PhD di Cardiff University mengimpikan untuk membina kediaman sendiri di tanah air tercintanya, Palestin. ?Saya ingin bercakap tentang kunci yang disarung oleh mereka yang tidak lagi mendiami rumah mereka. ?Saya memakai cincin ini (dengan harapan) untuk membina rumah selepas Palestin sudah bebas. ?Ramai lagi (seperti saya) yang lahir di luar Palestin dan bukan di negara kami,? beliau berkata demikian dalam rakaman program Agenda Awani yang disiarkan 9 malam pada Selasa di saluran 501.