Wanita warga emas maut jatuh bangunan

Seorang wanita warga emas maut selepas jatuh dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Taman Mulia Jaya, Ampang pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota pasukan perubatan Hospital Ampang yang ke lokasi kejadian.