Wanita warga Indonesia ditahan bersama 1,180 bungkus rokok seludup

Seorang wanita warga Indonesia berumur 40 tahun dicekup bersama rokok sebanyak 1,180 bungkus dalam satu serbuan di kawasan Kalabakan Plantation pada petang Isnin. Serbuan kira kira jam 3.30 petang itu dilakukan oleh Bahagian Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(ESSCom) hasil maklumat awam.