Tutup

Wanita warga Mongolia parah ditembak dua lelaki

Seorang wanita warga Mongolia parah selepas terkena empat das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di Jalan Dataran Bandar Utama pada petang Isnin. Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa berusia 26 tahun bersama teman lelakinya menaiki kenderaan pacuan empat roda berhenti di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon.