Waran tangkap dikeluarkan untuk Farid Kamil

Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Datuk Farid Kamil Zahari setelah dia gagal hadir pada hari keempat perbicaraan kes urin yang dihadapinya hari ini. Majistret Nor Ariffin Hisham berkata, waran itu dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran pengarah dan pelakon berusia 38 tahun itu.