Tutup

Warga asing beli rumah tidak diberi kerakyatan automatik - Tun Mahathir

Warga asing yang bercadang untuk membeli rumah di Malaysia selepas cadangan penurunan harga ambang hartanah tidak sesekali akan diberi kerakyatan malaysia secara automatik. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, penjualan unit perumahan terbabit adalah satu tindakan yang terpaksa dibuat susulan berlakunya lambakan rumah yang tidak terjual di Malaysia ketika ini.