Warga emas buat dan jual senapang patah ditahan

Polis Kedah menahan tiga warga emas yang disyaki terbabit dalam membuat dan menjual senjata jenis senapang patah. Senjata itu dipercayai dibuat sendiri di rumah salah seorang suspek dan dijual pada harga antara 800 hingga 1,500 selaras.