Warga emas cedera diragut

Seorang warga emas berusia 63 tahun menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang, Selangor, pada Sabtu. Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan, kehilangan dokumen peribadi dan wang berjumlah RM400.