Tutup

Warga emas direman sebar berita palsu

Seorang warga emas berusia 60 tahun direman tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan penyebaran berita palsu kononnya sebuah jet pejuang asing telah menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar, Johor. Suspek ditahan polis di kediamannya dekat Muar pada Isnin selepas menerima maklumat mengenai tindakan suspek.