Warga emas hilang di hutan ditemui selamat

Seorang warga emas yang hilang sejak lima hari lalu selepas memasuki kawasan hutan di kampung Bukit Parit ditemui selamat. Mangsa Fatimah Ismail, 71 tahun yang disahkan nyanyuk serta rabun ditemui jam 11.29 pagi di bawah pokok dalam hutan berkenaan.