Tutup

Warga emas kelar leher sendiri selepas alami kemalangan

Seorang warga emas tanpa diduga mengelar lehernya sendiri sehingga maut selepas terbabit kemalangan di Batu 5 Jalan Kampung Sri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Selangor. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kejadian dipercayai berlaku pada 2.53 pagi, sejurus selepas kenderaan jenis Mercedes C200 yang dipandu lelaki berusia 66 tahun itu terbabit kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.