Warga emas maut digilis bas ekspress

Seorang wanita warga emas maut selepas digilis sebuah bas ekspres di Terminal Bas Larkin Sentral. Mangsa Er Shok Siew, 80 tahun disahkan meninggal dunia 7.50 malam tadi, ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).