Warga emas maut dikelar dalam kejadian samun dan bunuh

Seorang wanita warga emas maut dipercayai dikelar dalam kejadian samun dan bunuh dalam rumahnya di Taman Merbau Jaya, Tasek Gelugor petang Khamis. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Loo Nyak Sing, 71 tahun, yang tinggal bersendirian ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan tangan dan kaki berikat serta berlumuran darah di bilik tingkat atas rumah dua tingkat.