Tutup

Video  | 

Warga emas terima bantuan baiki rumah

Seorang warga emas hanya mampu menitiskan air mata tanda kesyukuran bila melihat kediamannya yang dahulunya usang kini berwajah baharu. Che Wah Ismail, 72 tahun yang menetap di Kampung Pantai Puteri, Melaka, kini tidak lagi perlu kuyup dalam kediaman sendiri, sebaliknya selesa untuk tidur mahupun memasak tanpa ada rasa risau lagi.