Warga Felda Chini nafi guna air longkang masa kemarau

Penduduk Felda Chini Pekan, Pahang, menafikan dakwaan bahawa mereka terpaksa menggunakan air longkang sebagai air minuman berikutan gangguan bekalan air bersih akibat fenomena El Nino. Sebaliknya air yang mereka gunakan adalah air dari bukit serta sudah disahkan bersih oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.