Waris mangsa kebakaran pusat tahfiz sepakat pembahagian wang

Keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, sepakat supaya 70 peratus wang sumbangan orang ramai diagihkan kepada waris mangsa yang terkorban dan cedera manakala baki 30 peratus lagi kepada pusat tahfiz berkenaan. Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama) Zamzuri Zakaria kata putus itu akan dibawa kepada perbincangan antara waris dan pihak pengurusan pusat tahfiz sebelum diuruskan peguam.