Warisan tidak boleh halang Bersatu masuk Sabah

Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana parti untuk melebarkan sayap ke negeri ini termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, undang-undang negara ini juga membenarkan mana-mana parti ditubuhkan. Bagaimanapun, tegas Presiden Warisan itu, pihaknya terus dengan matlamat dan pegangan parti itu.