Wartawan didakwa dicekik 'pak guard' hospital

Dua orang wartawan berdepan detik cemas apabila didakwa diserang dan dicekik pengawal keselamatan Hospital Sultanah Bahiyah malam tadi. Kejadian berlaku susulan perselisihan faham berhubung satu liputan berita kawasan forensik hospital terbabit.