Wawasan 2020 bukan pembangunan fizikal semata-mata

Konsep Wawasan 2020 bukan bermaksud ia hanya berpaksikan kepada pembangunan struktur atau fizikal semata-mata, tetapi juga bagaimana menyuburkan keyakinan rakyat sebagai sebuah negara bangsa. Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid berkata, semangat negara bangsa itu bukan sesuatu perkara yang baharu.