Tutup

Wawasan Kemakmuran Bersama rapatkan jurang miskin dan kaya

Tiga fokus utama dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 diberi keutamaan iaitu merapatkan jurang pendapatan antara negeri, golongan yang kaya dengan miskin serta bandar dan luar bandar. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, wawasan itu bertujuan untuk memastikan rakyat mendapat bahagian yang adil mengikut kategori masing-masing, bukan menjadikan semua orang sebagai jutawan.