Wira AWANI: 'Abe Bah' - Kegigihan bantu sempurnakan hidup mangsa banjir

Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa banjir atau tanah runtuh kerana bencana alam tidak mengenal mangsanya. Tetapi bukan semua boleh terpanggil membantu meringankan mangsa banjir membina hidup selepas diuji. Kalau individu sempurna sekali pun sukar meringankan tulang membantu, ini kan pula mereka yang kurang sempurna. Namun, ini adalah rakaman kisah gigihnya sukarelawan cacat membantu mangsa banjir sempurnakan semula hidup mereka.