Wira AWANI: Cikgu Yasmin sumber inspirasi pelajar

Mungkin kerjaya sebagai seorang guru itu adalah satu kerjaya biasa yang dilihat orang. Namun bagi anak-anak murid guru kimia Yasmin Noorul Amin, mereka melihat diri guru mereka itu sebagai sumber inspirasi untuk terus menguasai ilmu pengetahuan.