Wira AWANI: Nasir beri keyakinan baru jenama seni tempatan

Cinta dan minat yang mendalam terhadap jenama seni tempatan mendorong usahawan Nasir Rashid membangunkan 'Tempatan Fest', khusus untuk golongan usahawan seni. Bukan itu sahaja, ia kemudiannya berusaha mengajak lebih ramai menjadi sepertinya, mengangkat seni tempatan untuk dilihat di kedudukan lebih tinggi pada masa akan datang.