Tutup

WUF - Aspek keselamatan makanan jadi tumpuan

Ini rumusan yang didapati daripada sesi perbincangan panel berhubung hubungan antara bandar dan luar bandar dari aspek pembangunan dan juga keselamatan makanan di Forum Bandar Sedunia (WUF) kesembilan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Salah seorang daripada ahli panel, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Sallehuddin Hassan berkata kerajaan sentiasa komited untuk memastikan hubungan antara bandar dan luar bandar terus seimbang.