Wujud RCI kaji ketirisan Felda

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat ketirisan dan kerugian yang berlaku dalam Felda dan anak syarikatnya. Menurut Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) perkara itu dipersetujui ketika pertemuan bersama majlis penasihat kerajaan di ibu negara.