XPDC jemput band Padang Jambu kongsi pentas

Daripada hanya suka-suka dan bermain muzik dengan menggunakan bahan terbuang akhirnya dijemput oleh kumpulan rock terkenal tanah air untuk berkongsi pentas. Itulah tuah bagi Band Padang Jambu dari Dungun Terengganu yang dijemput oleh kumpulan XPDC sebagai band jemputan pada konsert yang bakal diadakan 9 Februari ini.