Yamani Hafez Musa akhirnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang

Yamani Hafez tidak mahu bertemu media bagi menjelaskan kepada rakyat atas kehilangan beliau sejak memenangi kerusi itu. Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa akhirnya selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang di Kamar Khas Dewan Rakyat, hari ini. Beliau tiba kira-kira pukul 9.15 pagi ini, dan selesai angkat sumpah kira kira pukul 10.05 pagi.