Yamani Hafez sah Ahli Parlimen Sipitang

Anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa akhirnya selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Sipitang di kamar khas dewan rakyat, hari ini. Beliau tiba kira-kira pukul 9.15 pagi ini, dan selesai angkat sumpah kira kira pukul 10.05 pagi.