Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan

Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri?ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera, hari ini baginda sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia. Kali ini baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya, pada Rabu.