Tutup

Yang di-Pertuan Agong payung negara

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Sebagai mana termaktub dalam perlembagaan sesuai dengan sistem raja berperlembagaan yang diamalkan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa eksekutif membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ahli Parlimen. Di Malaysia, pelantikan Yang di-Pertuan Agong di buat berdasarkan penggiliran bagi tempoh 5 tahun setiap giliran. Bagi melihat peranan sebenar Yang di-Pertuan Agong sebagai payung negara, bersama kita adalah Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang merupakan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.