Yang di Pertuan Agong, Permaisuri Agong berangkat ke Bazar Ramadhan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Bazar Ramadan Peringgit, Melaka petang tadi (Khamis). Dalam kunjungan kira-kira 45 minit itu, Seri Paduka Baginda bersama Raja Pemaisuri Agong yang berangkat tiba pada jam 4.45 petang sempat membeli juadah berbuka puasa.