Tutup

Yayasan OrphanCare selamatkan 377 bayi terbuang sejak 2008

Yayasan OrphanCare adalah organisasi bukan kerajaan yang berfungsi untuk memberi perlindungan dan kaunseling kepada ibu yang tidak berkahwin. Yayasan itu turut membantu mencari keluarga angkat kepada bayi yang dibuang. Ketua Pegawai Operasi Yayasan OrphanCare, Yuzila Yusof, pihaknya telah menyelamatkan seramai 377 bayi yang dibuang sejak ia mula beroperasi pada 2008.