YGPO platform terbaik usahawan muda

Program Youngpreneurs Go (YPGO) yang diilhamkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM adalah platform terbaik untuk usahawan muda menceburi bidang perniagaan khususnya perniagaan dalam talian. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata trend perniagaan secara dalam talian pantas berkembang dan sehingga akhir tahun lalu mencatatkan lebih 141 ribu perniagaan secara dalam talian seluruh negara.