Video  | Hiburan

Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar

Nama Yuna bukan lagi asing di Malaysia dan di rantau ini, namun di Hollywood nama beliau sudah mula terbit di bibir-bibir penggiat seni. Baru-baru ini, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini mendapat jemputan khas daripada penganjur rasmi Mercedez-Benz untuk menghadiri acara tontonan (viewing party) sempena Anugerah Akademi ke-90 di Beverly Hills, Los Angeles pada Isnin.