Video  |  Malaysia

Zakaria perlu tunggu lebih lama keputusan siasatan dalaman FGV

Dalam perkembangan berkaitan presiden kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti, perlu menunggu lebih lama berhubung hasil siasatan dalaman membabitkan dirinya. Pengerusi baharu FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata pihak lembaga pengarah masih dalam peringkat penelitian akhir dan seterusnya membuat keputusan.