Video  | Sukan

2 penyokong bola sepak direman 4 hari

Dua penyokong bola sepak direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan ketika perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu. Perintah tersebut dikeluarkan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Azizah Jaafar ke atas seorang penuntut universiti swasta berusia 24 tahun dan seorang penarik kereta berusia 32 tahun.