Tutup

Video  | Sukan

Aiman catat kemenangan untuk Malaysia di Manila

Atlet seni bela diri campuran, MMA negara, Muhammad Aiman Raziz Affindi berjaya mencatat kemenangan di pentas One Championship pada Jumaat, menumpaskan petarung Indonesia, Sunoto Peringkat. Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menewaskan lawannya menerusi keputusan sebulat suara selepas pusingan ketiga pada aksi One: Dawn Of Heroes di Manila, pada Jumaat.