Tutup

Video  | Sukan

Aksi Piala Malaysia boleh ditangguh sekiranya bacaan IPU cecah 150

Dalam pada itu saingan Piala Malaysia 2019 akan diteruskan meskipun beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat. Bagaimanapun Liga Bola Sepak Malaysia menjelaskan mengikut garis panduan MFL, jika venue aksi sesuatu perlawanan mencatatkan bacaan ipu melebihi 150, maka perlawanan tersebut layak ditangguhkan.