Video  | Sukan

Doping: Wendy Ng digantung lapan bulan

Penerjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee dikenakan penggantungan lapan bulan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) kerana kesalahan doping. Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berkata penggantungan terhadap penerjun kelahiran Kuala Lumpur berusia 24 tahun itu berkuat kuasa 26 Ogos 2017, iaitu tarikh sampel B diambil, dan hukuman itu akan berakhir pada 26 April 2018.